Isnin, Januari 24, 2011

ohh!! aku mimpi?

helo2 semua!!
dah lunch belum? aku tak lagi..jap lagi kot..
haa..untuk entri hari ni, aku nak story mory kat korang semua..
tau tak? semalam aku mimpi seorang ni..huhu..aku minat dia..start tahun lepas
[yelah, sebab tahun lepas baru start rapat dengan dia..]
orangnya agak encem la kot? macho pun ada la juga..hehe..maaf la ye, walaupun hati aku sudah berpunya, tapi hati aku suka tengok benda2 yang 'indah' di pandangan mata aku ni. tak boleh dinafikan..korang pun mesti macam tu kan??aha~
sekarang dia bergelar doktor dan tengah posting kat sini..[dia bukan asal sini..]
hmm, nak dijadikan cerita, aku pun tak tahu, kenapa tiba2 keluar watak dia dalam mimpi aku..hairan juga, aku ada sebut nama dia ke? atau teringat dia seimbas lalu ke siang tu?? hmm.musykil2..
sebenarnya aku dah lupa apa yang dia buat kat dalam mimpi aku tu..tapi, best la kot? hehe..
oittt2, korang jangan fikir macam2 yek..takde unsur 18SX atau 18SG dalam mimpi aku tu k! yang tu aku pasti!
mungkin sebab aku rindu kot dengan dia..bukan rindu apa, rindu nak jumpa dia, pastu nak dia belanja aku makan! haha...part2 belanja makan tu la caranya macam mana aku kenal rapat dengan dia..huhu..
peristiwa belanja2 makan ni berlaku secara tak sengaja dalam facebook, dipendekkan cerita, dia ni tengah chat/komen2 kat fb dengan kawan aku..cakap pasal belanja makan, entah macam mana, aku saje menyampuk..dan alih2, kitorang tiga duk pakat untuk belanja makan secara bergilir-gilir..aha~
kawan aku belanja makan prosperity burger [time tu tengah HOT di pasaran McD]..
doktor tu belanja makan steamboat..
aku pulak?? belanja makan tomyam...
dan terakhir sekali...doktor tu sempat sekali lagi belanja aku dan kawan aku tu makan pizza..tapi kitorang tak makan bersama..dia 'tapau'kan je untuk kami dua..sebab malam tu juga dia nak balik kampung..itulah kali terakhir aku jumpa dia..huhu.nak je jumpa dia sekarang kat sini, tapi..huhu..aku belum ada kerja lagi..kalau aku dapat kerja di bandar, kompom dapat jumpa dia..uhu..windu...winduuu..
huhu..itulah ceritanya..macam mana aku boleh rapat dengan doktor tu..huhu. rapat sebagai kawan je tau! sebab dia sendiri pun dah ade makwe~ orang sini..
nama2 watak yang aku cerita kat atas tu tak payah la disebut kat sini k...biarlah rahsia.aku seorang je yang tahu..hehe..

ok la..blah dulu untuk seketika..malam nanti kalau ada idea, aku post entri lagi k..
tata..salam~




2 ulasan:

Admin berkata...

Salam .. pwweeeewwwwiiiitt.

http://hasrulhassan.blogspot.com

Indahnya bercinta.

cik blogger berkata...

erkk...kite xbercinta la ngan doktor tuh..ahaks =p