Rabu, Mac 11, 2009

Assalamualaikum.cinta


terima kasih wahai cinta..kerana sudi menjadi teman di kala aku memerlukanmu..

semakin mengenali dirinya, semakin rasa sayang diri ini bertaut padanya..inilah hati..sukar untuk difahami..tapi bila sekali dah jatuh sayang, dia tak akan berpaling..indahnya rasa ini saat ini..
semakin hari, semakin mengenali antara satu sama lain, semakin kenal hati budi masing-masing..kami berdua akui, untuk memutuskan suatu perkara yang penting dalam hidup ini, bukan senang..kena kenal dahulu hati budi masing-masing..dengan mengambil kira status aku sebagai seorang pelajar walau cuma tinggal setahun lagi, dia berharap, agar aku habiskan dulu pengajian aku ini dengan jayanya..tapi, bagi aku, pengajian bukan satu alasan untuk aku lupakan rasa cinta sayang ini dari terus melekat di hati..akur dan hormat akan keputusannya, aku bahagia..kerana dia sering memahami diri ini..dan oleh itu, aku perlu untuk memahami dirinya yang kini telah lama berkerjaya sebagai seorang pekerja suatu bank..
perbezaan kerjaya dan status masing-masing menuntut kami berdua untuk saling memahami akan tugas masing-masing..dan juga saling memberi sokongan emosi dan semangat..untuk meneruskan hidup..
walau diri jauh di mata, walau rupa tak pernah bertatap, walau mata tak pernah bertentang, walau mulut tak pernah berbicara secara langsung..namun..aku yakin, dengan izin Allah, dengan izin dan restu keluarga pihak aku dan dia..insya Allah, kami akan bakal disatukan suatu saat nanti..insya Allah..amin, ya Rabbal Alamin.

Tiada ulasan: