Memaparkan catatan dengan label ..: hidupku yang terindah :... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ..: hidupku yang terindah :... Papar semua catatan

Rabu, Januari 01, 2014

01012014

Salam..

Fuh, hari ni hari pertama, dalam tahun 2014.. Macam tak percaya, umur pun makin meningkat, bakal menginjak 27 tahun. Waaa..tuanya! Huhu. Kenapa aku cakap tua? Kwn2 lain yang seumur dengan aku dah beranak 2-3 orang..hukhuk.. Takpa, jodoh pertemuan urusan Allah kan? Kita cuma merancang, Allah tentukan..

Hmm, sensitif sangat kalau orang perempuan ni cakap pasal umur
.macam aku..huhu.. Tak baik cakap macam tu kan? Yang penting, kena positifkan diri sendiri..

Teringat pula aku dengan cerita 'be careful with my heart'.. Cerita tv3 dari negara Philippines.. Aktres utama dalam cerita tu 'maya de la rosa'.. Wataknya tersangatlah positif.. Sehinggakan ada antara dialognya petang tadi..

  "jangan fikir negatif..tapi keluarkan aura positif.. Sebab aura negatif hanya akan menghalang rahmat dari turun kepada kita.."

Betul juga..

Tapi, rasa2nya wujud ka orang macam tu? Mungkin ada, pakar motivasi??? Ya.. Betul.. Tapi macam mana pula dengan yang bukan pakar dalam motivasi?

Semuanya dari kita sendiri juga..

Caranya?

Motivasikan diri sendiri..susah?

Selalu dekat dengan mana2 individu yang keep on motivating..

Selalu tengok dan dengar ceramah motivasi..  program agama juga jangan diabaikan, sebab selalunya ceramah keagamaan juga terselit motivasi..kan?

#peringatan #dirisendiri

Selasa, Disember 31, 2013

Di penghujung 2013..

Salam..

Aku baru ja balik dari jamuan makan akhir tahun 2013 di wad icu, hdok sandakan.. Kenyang, makan nasi pun sikit2 ja..

Tak ramai yang hadir.. Makanan ok, sedap2 jgk.. Boleh tahan dengan kek2 yang cute mute..hehe..

Acara sampingan, exchange gift.. Tengok, aku dapat hadiah besar..isinya rice bucket.. Alhamdulillah,  tq kak azie..makasih deh..

Antara moment yang sempat di snap tadi..

suka suki 2013..


Salam blogger..
 31hb Disember 2013..

tak sedar, 2013 dah sampai di penghujungnya..esok dah mula tahun depan.. huhu..2014..

kalau diikutkan 2013 ni banyak kenangan pahit manis, benda baru yang banyak aku belajar dari kehidupan yang lepas..

antara peristiwa penting dalam hidup aku tahun 2013:
 * 12hb Jun  - aku terima panggilan kerja ke jawatan tetap jururawat gred u41.. selepas 6 bulan jadi calon simpanan..   
 * 1hb Julai - lapor diri di JKNS
 *  8hb Julai - lapor diri bertugas di Hospital Duchess of Kent, Sandakan 
*  29hb Sept - rombongan merisik datang ke rumah, di kampung..
* 1hb Nov - selamat ditunangkan.. alhamdulillah..
* 22hb Dis - 2 orang adikku selamat bersanding serentak..

peristiwa pahit? tak perlu kot taip kat sini, cukuplah disimpan di dalam hati, sebagai pengajaran di masa depan. insya Allah, bulan depan, aku ditukarkan ke wad medical pula, selepas hampir 7 bulan aku di wad icu..

tengah hari nanti, aku ada jamuan makan pot luck di wad.. sekaligus exchange gift..

daa.. titik!































Rabu, Jun 12, 2013

benar...janji Allah itu pasti!

Salam Rabu..

Alhamdulillah..alhamdulillah.. syukur ya Allah.. Engkau telah makbulkan permintaan aku..Engkau dengar rintihan aku.. tepat pada masanya, aku baru je terima surat tawaran pelantikan ke jururwat u41.. alhamdulillah. Serius, macam mimpi tau! Yeaaayy! 

Pada mulanya aku plan nak balik kampung pagi tadi, untuk ambil surat tawaran ni. Tapi tak  disangka juga, mama dan bapa datang ke sini sebelah malam, semata2 untuk hantar surat tawaran ni.. terharu aku. Aku tahu, kedua orang tua aku sendiri gembira, teruja dapat khabar gembira ni.. 

Tau tak, sampai sekarang ni tak henti2 aku senyum dari semalam..huhu.. mana taknye, budak2 BR1M kat ofis tu, semua ucap tahniah. Tak ketinggalan juga yang nak kena belanja! Hehe.. ada2 ja diorang ni..insya Allah. Rezeki akan dikongsi bersama kelak..amin.. 

Hari ni, aku sengaja ambil cuti. Idea ni pun tiba2 muncul masa kat surau ofis semalam..time tu nak solat asar..jadi, aku kalau boleh nak settlekan semua keperluan dalam hari ni juga. Insya Allah.. dan alhamdulillah, setakat ni, 90% dah settle ( pos surat setuju terima lantikan & cop pesuruhjaya sumpah ) medical check-up pula cuma ringgal nak review doktor je lagi.. bagi tengok dia semua result (xray, urine etc).. dan lepas ni,kalau sempat, aku ingat nak hantar kain, buat baju uniform..semangat? Haruslah! Hehe.. kalau x sempat, esok2 pun boleh.. janji benda yang sepatutnya didahulukan, kita utamakan dulu.. ye?

* tak dpt nk upload gmbr.. huhu.. 

Rabu, Ogos 22, 2012

blog updated!

BLOG DIKEMASKINI!

Hai..Assalamualaikum semua..para bloggers dan pembaca blog ini. Alhamdulillah, blog ini masih lagi berfungsi, walaupun aku dah jarang kali kemaskini blog.. tapi tidak menjadi apa.. yang penting, masih ada yang aku boleh kongsikan dengan anda semua.terutama sekali berita baik la yek!

Banyak perkara dah berlaku sepanjang lebih setengah bulan ni..antaranya:

_ aku dah ada pengalaman bekerja! tak macam sebelum ni.. :) walaupun sekarang aku kembali bergelar "penganggur kehormat!"

_dalam keadaan menganggur ni juga, aku telah pun dapat panggilan temuduga untuk kerja yang aku dah lama tunggu, selama 2 tahun setengah! Alhamdulillah.. Allah makbulkan doa aku tepat pada masanya.. :'D insya Allah dalam masa sebulan akan datang.. dalam tempoh masa ni, aku sempat la lagi nak buat ulang kaji apa2 yang patut..ye dak??!

_cintan?cintun?? biarlah rahsia.. hehe.. masih terlalu awal untuk diceritakan..tak kisah la, awal ke lambat..dah sampai jodoh, aku kabarin ya! :D

ok la..itu jek yang aku dapat kongsikan.. lain masa, ada rezeki.. aku kemaskini lagi dengan entri yang terbaru.. :)

salam blogging..

Ahad, Oktober 23, 2011

Rojak perasaan...

Salam blogging!

Dekat sebulan aku tak update blog, gara2 keyboard punya masalah..sekarang? dah ada keyboard baru! huhu..senang hati aku..serius, aku suka keyboard yang sekarang ni..since aku suka menaip, camnilah gamaknya..habis 'tak tik tuk' bunyi keyboard ni..huhu..

Sebenarnya, mood aku sekarang ni, untuk masa ni, tak berapa baik..hangin sikit! adik aku, perempuan yang seorang tu,tak balik2 rumah lagi..dari pagi tadi dia ada latihan koir dan menari di pekan..sampai jam macam ni tak balik2!! sape yang tak risau, dia satu-satunya adik perempuan aku yang masih lagi di bangku sekolah! baru tingkatan 2..dah banyak kali buat macam ni..ya, dia pergi dengan kawan2 dia..tapi, ish! malas la aku nak cakap panjang lebar..cuba korang sendiri rasa, 'if you're in my shoes'..hmm, macam mana? aku belum lagi jadi mak atau ibu atau ummi kepada bakal anak2 aku nanti, ini baru je jadi kakak sulung..dah risau gilerr!! dia tak tahu, kita, sebagai orang tuanya ni risau macam mana..yang dia tahu, nak enjoy dengan kawan2! bukan aku tak tahu, mungkin dalam diam, dia pergi jumpa buayapren dia tu..haih, apa la nak jadi dengan budak2 zaman Y2K sekarang ni..

TITIK! 

Semalam, bersamaan 22 Oktober 2011, adalah hari ulang tahun bapa yang ke-49..hehe..setahun lagi, dah masuk separuh abad umur bapa..aku pula? tahun depan, masuk suku abad! belum lagi mampu bagi diorang cucu sendiri..(cucu anak2 buah diorang ramai lerr) Entah bila la cik abang tu nak masuk meminang..hehe..aku tunggu 'lampu hijau' je dari dia dan familynya..hehe..insya Allah~

Ok la..lain masa, ada kelapangan, aku update lagi cerita di blogku terchenta ini, orait!

>> kitorang ada bagi hadiah kat bapa..nak tengok? 

Salam blogger~

Isnin, Oktober 03, 2011

"Darah seni mengalir!!"

Salam..

Macam tak caye je..huhu..

Dah lama aku tak update blog..sebenarnya, banyak cerita untuk dikongsi..tapi masalahnya, malas nak buka laptop..bukan malas sebenarnya, tapi tak kena tempat la..bila kat mana2 yang tiba2 idea muncul masa tu..time tula takde laptop di sisi..untuk itu, aku sangat2 perlukan telefon yang canggih sikit..ala2 android (seperti milik bro BA), tak pun BB torch (milik ciksyaza)..huhu..boleh dibawa ke mana-mana..pastu boleh update entri bila2 masa je..huhu..bilakah aku akan memilikinya?

Ok, aku bukan nak cerita lanjut tentang HP canggih manggih tu..tengok tajuk kat atas tu..ada kaitan? haha..

Macam tak percaya je!! Darah seni besar kemungkinan mengalir dalam diri aku! Aha.dari mana aku benda ni??

Semuanya bermula pada malam Sabtu lalu..selesai je kenduri majlis kenduri cukur jambul anak buah aku, duk sembang2 dengan ahli keluarga lain..dan tiba2 terbit satu dialog..

"Nak tahu, keluarga kita sebelah Johor tu ada kaitan dengan Saloma!! Saloma..tak kenal? Saloma bekas isteri P.Ramlee tu!" cerita pakcik aku..

Biar betul?

"Mak kepada watak Norkiah Hanum tu..nenek Mastura ke? Macam pernah tengok kat dalam satu gambar kita!!" Makcik aku pula sambung..

Aha..sekali lagi! 

"Patutlah kita semua pandai menyanyi..menari..berlakon tak lagi..tapi pokoknya, darah seni mengalir dalam keluarga kita!!"

Hmm..boleh jadi jugak kan? 

 ~"Apa guna berjanji..kalau tak ditepati.."~ lalala..

Khamis, September 22, 2011

Memori bersamamu..IJAZAH!

Salam..
Alhamdulillah..hari ni adalah hari bersejarah bagi rakan2 dan adik2 junior USM..sebab hari ni adalah Graduation Day diorang..konvokesyen la! huhu..

Ternampak satu status junior..katanya tak sempat nak jumpa kawan2 lain! Pengalaman yang sama aku hadapi tahun lepas..serius! Tak semua rakan2 aku sama ada dari kursus yang sama ataupun lain dari bidang nursing yang sempat aku jumpa..cuma bertegur dari jauh je. Tapi syukurlah aku dan 2 orang lagi geng aku sempat amik gambar sama2.Maklum, masing2 sibuk dengan keluarga masing2... aku pun macam tu..time tu semua nak kena rush..maklum, kitorang family 3 orang je..bukannya ada kereta sendiri/sewa..harap naik teksi je..huhu..rasa kerdil je diri ni time tu..tapi keesokan harinya, ada yang sudi untuk bantu aku ke USM semula..untuk amik gambar konvo dan scroll..sape dia? hehe..si dia yang aku sayang..hmm, mak bapa aku pun ikut sekali..itulah buat pertama kalinya dia bertemu empat mata dengan mak bapa aku..  ;) dan...bla.bla..
Ok..itu je!


 hari emas kami!

Selasa, Ogos 30, 2011

pagi Syawal yang hiba...

salam 1 Syawal 1432H..
Aidilfitri kali ini..tahun ini..tak berapa lengkap bagi keluarga aku..kerana kurangnya satu ahli...adik aku! tak pulang raya, sebab takde cuti! huhu..maklum sangat dah, 'budak baru' dalam mana2 jabatan mesti tak diberi peluang untuk bercuti...kesian? memang..nak bukti? bapa aku sedih..menangis pagi raya tadi, masa sarapan..sebelum tu, beliau sempat menelefon adik aku..dan ternyata..beliau tiba2 takde selera makan..dan bagi pinggan yang dah pun siap berisi ketupat dan lemang untuk aku...kesian beliau..inilah pertama kalinya, adik aku duk jauh dari keluarga..apa lagi time raya ni..maklum, dia seorang je anak lelaki dalam keluarga aku..

macam biasa, lepas bersalaman dan menziarah kubur arwah moyang dan makcik aku, kitorang berangkat pula ke kampung sebelah family bapa pula..yang bestnyer, bila sampai sana..aku dapat duit raya!!! $$$$$$ wahahaha ;D best2..macam time zaman budak2 dulu..ngeh3~ best2...tapi rasanya, bila aku dah keje nanti..besar kemungkinan aku tak dapat la lagi merasa dapat $$$$ raya..malah, aku pula akan merasa..bagi duit raya kat budak2..hoho..

hmm, sekarang ni aku duk chatting ngan insan yang aku admire time study di IPTA dulu..korang, hati2 la g beraya tu yek!


~lalalala...

Isnin, Ogos 29, 2011

Kejayaan dalam Ramadhan..

Allahu Akbar..Allahu Akbar!!

Berlalu pergi bulan Ramadhan yang mulia..terasa sayu sangat, bila semalam..setelah selesai majlis khatam al-Quran di masjid, doa khatam al-Quran dibacakan oleh seorang ustaz..dengan gaya dan alunan yang mendayu..sedih sangat2..terasa Ramadhan kali ni cepat sangat berlalu..sekelip mata jek! tapi, aku bersyukur, Ramadhan kali ni, lebih baik dari tahun lepas, yang mana..aku BERJAYA solat sunat tarawih FULL sampai ke akhirnya.. (takdelah full mana..cuma, bila 'cuti' tu..memang tak g la..itu je waktu ponteng, pastu..solat semula! hehe..), dan aku BERJAYA untuk ikut serta dalam program tadarus al-Quran di masjid! tahun lepas tak merasa..tahun ni, alhamdulillah! dan yang terakhir, aku BERJAYA menyiapkan tempahan minipopia mengikut masa! penat? tak yah cakap la...orang jawa bilang..KEPEYOK! inilah yang pertama kalinya aku bisnes di bulan Ramadhan..nak cari duit poket la katakan..nak bayar ptptn lagi..huhu~ hutang tetap hutang..kena bayar juga tau!

itulah yang aku rasakan, keJAYAan aku yang tak pernah aku buat tahun2 sebelumnya..syukur ya Allah~

aku berdoa..semoga kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan pada tahun akan datang..dan insya Allah, kita akan jadi lebih baik..amin~

Di kesempatan ini, aku ingin memohon maaf kepada rakan2 blogger dan sesiapa yang terbaca entri ni..andai ada salah silap, terkasar bahasa sepanjang perkenalan di alam cyber ni, ok! 0-0 ye?!

Isnin, Ogos 15, 2011

'Oh..lagu raya..'

Salam Ramadhan..bermulanya minggu ke-3=15hb Ogos 2011.

Aku baru je balik dari hospital, teman nenek g lab 'withdraw blood', sekaligus amik mak aku balik dari keje shift malam. Dalam perjalanan balik tadi, aku dengar radio..e'eh, dah main lagu raya dah??! awalnya..huhu..tapi maklumlah, 2 minggu lagi nak raya kan? tambahan pula, hari ni orang2 yang keje kerajaan dah terima duit bonus raya diorang..apa lagi, amik 'mood' raya la tu kan? huhu..silap haribulan, hari ni juga jalan raya 'jam'..trafik sibuk, ATM bank pun penuh! Duit kejap je habis! Hoho..ragam orang kita la kan? Nak beraya, sakan gilerr..nak puasa? Ada macam ni? Fikir2...na..naa..na..naaaa~

Tengok fb pinkymomma pun, dia kata dia dah siap pasang lagu kat blog dia..aha! Lagu nazam lebaran katanya..Hehe..semangat!! Aku? hmm..nak ke pasang eh? boleh juga..untuk meriahkan raya kat blog..untuk kali pertama!! tengok la nanti, kalau aku rajin, aku pasang..lagu Kak Siti kite juga!!

Ok la..aku nak off dah ni. Nak sambung 'tugas' aku yang ditangguh..tengah 'menunggu' tu..kejap ye 'sayang'.. ;p

Jumaat, Ogos 12, 2011

"Dalam demam sakit, aku bertemu dengan..."


Salam Ramadhan..malam ke-13.

Baru selesai terawih. Letih, mengantuk! Bukan ape, lepas berbuka tadi, aku makan ubat (antibiotik dan PCM)..khabar kurang baik, siang tadi, aku jatuh gering..Tonsilitis, low grade fever, muscle/joint ache..Boleh je 'break' puasa tadi, tapi..aku cuba untuk bertahan. Dan alhamdulillah, sakit berkurang sikit.

Siang tadi, aku sengaja ikut mak dan adik pergi 'tamu' @ pasar tani.. Saje, nak keluarkan peluh, yang dah lama 'tersimpan' dalam badan ni..Sungguh tak baik ye kawan2!

Tengah diorang sibuk memilih ikan-ikan segar..mata aku duk melilau ke sekeliling..dan tiba-tiba?? Aku nampak seraut wajah..macam pernah tengok.Macam kenal je..Siapa eh? Ohh, dia pernah 'masuk' tv.. Sapekah dia? Jeng..jeng..jeng!!!






E'eh..Imam muda Ali la!

Patutlah muka macam pernah nampak! Hehe..Ya, dia asal dari tempat yang sama dengan aku. Bangga? Hmm, biasa2 je la~ hehe. Aku tengok tadi, dari jauh..beliau ditegur sapa oleh seorang dua pengunjung 'tamu'..Wah, senyum lebar dia. Hehe. Dia jalan seorang diri je tadi, takde sape2 teman. Ke aku yang tak nampak..Tak pasti la pula. 'Dress' dia simple, macam anak remaja lain. Berubah ke dia ke arah yang 'lama'? Hmm, tak kot..kan Ali?

Rabu, Ogos 10, 2011

'rezeki Ramadhan..'

Alhamdulillah..Fasa pertama bulan Ramadhan (10 hari yang pertama) dah pun berlalu..dan malam ni, bermula untuk fasa kedua..iaitu fasa pengampunan..

Berakhirnya fasa kerahmatan petang tadi, Allah murahkan rezeki aku! Alhamdulillah, tak putus2 aku ucapkan..bisnes minipopia aku makin ramai yang buat tempahan..yang merisaukan aku sempat ke untuk siapkan pada masa yang ditetapkan? Insya Allah, 'be positive'...'be focus'...sebab Allah takkan bagi apa yang kita mahu, tapi Allah akan bagi apa yang kita FOKUS!
Bermula esok, aku akan gigih untuk teruskan buat minipopia..insya Allah boleh!

~Kerja tetap? Insya Allah..akan tiba tak lama lagi..amin~

Jumaat, Ogos 05, 2011

Perasan apa2 yang lain tak dengan blog ni?

TADA!!! TERENNNNGGG~

Haa..nampak tak apa2 yang berubah dalam blog ni? Hehe...cute kan? tengok header tu?? sejibik macam cik blogger nih..hikhik..comel2! Opppsss, ini pun bukan aku yang buat, tapi ihsan dari cik Chempaka Sari!! haa, dia berbesar hati nak tolong aku buatkan template dan header baru! Serius, aku ingatkan mula2 main2 je..eh, dia buatkan secara FREE pula! Wah.aku sendiri tak percaya..hehe.

Apa-apapun, terima kasih banyak2 cik ChempakaSari..sebab sudi berpenat lelah buatkan template dan header ni.

Ok la. Dah jam 10! Orang rumah ni semua dah naik bilik, tidur. Aku sendiri tak nak ketinggalan! hehe..takdelah, esok kan nak kena bangun awal untuk sahur, ye tak?
Selamat Malam.. eh, jangan lupa niat puasa tau!

~special thanks to...cik Chempaka Sari! ;D

Ahad, Julai 31, 2011

yeahhh! ESOK PUASA!!!

SALAM RAMADHAN KAREEM..sal
esok puasa! yeah!! aku baru je balik dari masjid, solat tarawih dan tadarus sekaligus.Alhamdulillah..satu permulaan yang baik!

gambar: sebelum sang suami berangkat pulang ke KL-Phg... (muka masih happy lagi tu)

inilah rakan yang aku duk cerita dua tiga hari ni..cute kan? cutebecomingmomma! hehe..esok adalah permulaan puasa dan segala2nya bagi beliau, hidup di perantauan, tanpa keluarga dan suami di sisi.. insya Allah, aku akan bantu dia selagi terdaya.. buat Gie, bertabahlah. insya Allah, aku dan family ada untukmu~

* dalam gambar tu, nampak sangat muka aku tak bermaya..kenapa?
~besok, kita puasa yuk!! tapi jangan lupa sahur!~

Sabtu, Julai 30, 2011

"dah ready untuk Ramadhan?"

salam..entri pertama untuk hari ni. Siang tadi sibuk sikit, langsung tak dapat online.Aku g temankan kawan aku jalan2 di sekitar pekan dan shopping barang2 keperluan untuk puasa lusa, insya Allah. Rasa kasihan aku berterusan sampai tadi, apa lagi esok hari..bila si suami kepada kawan aku tu akan 'terbang' ke KL esok hari, pulang ke seberang sana..maklum, Isnin ni kan dah start cuti, dan kawan aku akan tinggal keseorangan di bumi Sabah ni, tiada saudara mara..dan akulah harapannya untuk 'hidup' di sini. Insya Allah, aku akan bantu dia menyesuaikan diri untuk hidup di sini.. kalau aku boleh hidup di bumi Kelantan 4 tahun dulu, kenapa tidak dia??

hmm, aku ingatkan hari ni tengok anak bulan Ramadhan..rupanya esok petang. hehe..salah info! tadi g tamu pun ramai orang duk berkunjung..mungkin ramai yang beli barang2 dapur untuk persediaan puasa nanti. Tapi sebenarnya apa yang penting? persediaan dalaman / mental..aku sangat2 berharap, Ramadhan kali ni aku akan dapat penuhi dengan amalan2 baik di samping berpuasa, insya Allah.

salam Ramadhan ;)


Jumaat, Julai 29, 2011

oh pocot!!!!

"tup..tup..dumm!!!!!!!"
oh mak aih! tekezzzutttttttt aku! bunyi apa tu??kat belakang aku pula tu..errr, dah la malam ni..huhu..sekarang ni Ramlah Ram buat persembahan..kan ada muzik drum sebelum start korus tu..
haih, rupa-rupanya bapa aku yang turut sama layan Pentas Kilauan Emas nihyang ketuk2 meja laptop tu! aha..semangatnya dia..titajut aku!
dalam debaran..siapakah juara??
entrinya esok ye..
selamat malam!

Warm Welcome to Gie!!

alhamdulillah..itu adalah perkataan pertama terkeluar dari mulut aku. agak2 korang kenapa?
aku bersyukur sangat..kawan aku (boleh dikira geng USM dulu) telah selamat sampai dan berpijak di pekan Beaufort ni, bersama suaminya. Petang tadi, aku berkesempatan untuk jumpa dengan dia sekaligus tumpangkan diorang ke hospital, untuk lapor diri bekerja. Insya Allah, kalau takde halangan, Isnin ni dia start kerja..dan kalau boleh, aku nak mak aku berkenalan dengan dia..ada la juga minta tolong tengok2kan dia di sana. Maklum, dia orang baru di sini..aku dah merasakan apa yang dia rasa sekarang ni, 4 tahun dulu..semasa aku duk study kat USM, Kubang Kerian, Kelantan.

hmm, bila difikir-fikir, cemburu tak lari dari tangkai hati aku ni.. bestnya dia, dah dapat kerja tetap..hmm, dengan gov pula tu.tambahan pula dia orang seberang Laut Cina Selatan, sah2 dapat banyak elaun (elaun rumah, elaun kereta, dan macam2 lagi la) dia sangat2 beruntung, syukurlah.mungkin inilah yang dikatakan, rezeki selepas berkahwin. dan lebih tepat lagi, rezeki anak dalam kandungannya.. ;) sweet kan? benarlah orang kata, kehidupan selepas berkahwin dan punya anak bukan menambah kesusahan, tapi menambah rezeki!! nampak? Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.. jadi, jangan lupa untuk selalu bersyukur dengan nikmat yang Dia berikan, sebab setiap kali bersyukur, Allah akan tambah lagi nikmat berlipat ganda.Ingat itu!

* aku tak amik pula gambar kitorang dua jumpa tadi..hmm, esok insya Allah aku snap! ;)

Khamis, Julai 28, 2011

entri khas untuk Najwa Che Abdullah

erk? alhamdulillah..kenyang! baru lepas dinner, dan solat isyak. dan sekarang, tengah menunggu masa, untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara Malaysia vs Singapura!! jom tengok sama2!!! aku tengok depan tv je..korang mesti ada yang tengok LIVE kan di stadium?? aku pun tengok LIVE juga, di stadium ASTRO!! hehe..gurau jek..jangan marah ye? jom! diorang nak start game dah!

aku dapat berita hari ni, kawan dari geng aku di USM dulu selamat tiba di Sabah..dah lapor diri pun kat JKNS, dan esok dia dan suami akan sampai di sini, pekan Beaufort, di mana tempat asal, dan aku membesar di sini..

insya Allah, kalau takde halangan, kalau tak esok, mungkin hari Sabtu aku nak ajak dia dan suami pergi tamu Beaufort..kalau kat Semenanjung sana, korang panggil pasar tani la..haa, kalau kat sini, kitorang panggil 'tamu'..bukan 'tetamu' tau!

semoga dia cepat menyesuaikan diri untuk berkhidmat di sini, insya Allah.. Gie, aku akan pimpin dan bantu ko untuk betah tinggal di bumi Sabah ni..percayalah,orang Sabah baik2 belaka..supo oghe Klate. hehe..
Dengan berbesar hati, aku ucapkan...
WELCOME TO SABAH, LAND BELOW THE WIND~


Rabu, Julai 27, 2011

Rabu dah berkata!!


salam.selamat pagi Malaysia & bloggers!

hari ni, barulah aku berkesempatan update blog tersyinte ni.huhu..semalam nak join segmen bro Ben Ashaari kita, tapi tak sempat..maklum, aku letih sangat semalam.banyak kerja dibuat..sebelah siangnya aku sibuk buat minipopia..sebelah malam pula sibuk tolong nenek buat kuih karipap, ada jiran 'order' untuk kenduri hari ni..
huh..penat tak terkata.

hmm..hari ni nak buat entri Rabu tanpa kata, boleh?tapi aku dah berkata kat atas dah tu, masih boleh masuk kategori ke?aha..

haa..yang ni ialah anak buah kesayangan aku..hmm, anak kazen aku sebenarnya..tapi yang ni kira cicit sulung nenek aku haa..hehe..comel kan? sekarang dah berumur dalam 3 atau 4 tahun..hmm, sampai sekarang pun masih comel, pandai bergaya pula tu..tengok la mak dia..cantik dan pandai bergaya juga..hehe..mak dia kitorang panggil Kak Pipi..anaknye ni? CC!! hehe..padahal namanya Nur Syahirah Hazrina..padan kan nama tu dengan kecomelan dia? hehe..


~suka budak comel!~