Selasa, Julai 02, 2013

'saya yang menurut perintah..'

Dengan nama Allah..

Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari..

Itulah yang dapat aku gambarkan keadaan sekarang ni.. baru saja aku rasakan kegembiraan sepanjang bulan Jun lepas, dan kelmarin merupakan hari aku melapor diri untuk bekerja.. tiba-tiba aku terima berita yang sungguh aku tak sangka..

"Matron xxxxx sudah tempatkan kamu di duchess ni.."

Hahhhh?? Memang diluar dugaan aku.. sebab sebelum ni aku terima surat penempatan untuk lapor diri di Hospital Queen Elizabeth ja.. sah2 di Kota Kinabalu kan? Dan tiba2 bertukar ke Sandakan! Ya Allah.. terkilan aku..kenapa benda ni tak diberitahu dari awal lagi.. dah la aku semangat pakai baju uniform satu set kelmarin.. mau tak malu! Sebab memang plan aku, lepas lapor diri di jkns, terus la lapor diri di hospital kan? Alih2... ;'(

Pada awalnya, memang aku tak dapat terima kenyataan ni, naik bengkak mata aku..bukan sebab apa pun.. ya, mungkin diorang boleh guna pakai alasan yang aku belum pernah lagi bekerja sebagai seorang jururawat secara rasmi, masih lagi fresh..walaupun sudah 3 tahun aku tinggal dunia kejururawatan ni..

So, what to do? 

'SAYA YANG HANYA MENURUT PERINTAH..'

Hujung minggu ni, naik ke Sandakan..again, with my parents.. ya Allah, aku rasa dah banyak kali menyusahkan diorang. ;'( rasa bersalah ja diri ni.. hmm, next week by Monday, report duty.. semoga Engkau permudahkan segala urusanku nanti, ya Allah.. amin..

Buat rakan2 fb, yang terbaca entri ni, status fb aku yang latest tu ' dari ' permaisuri' kepada ' bangsawan'..sebenarnya adalah...
7
"Dari hosp. 'Queen' kepada hosp. 'Duchess'... 

Tiada ulasan: