Jumaat, Disember 14, 2012

Bestnya Jumaat!!

Salam Jumaat,bloggers!

Pagi yang indah, aku rasa aku dengan tiba2 mula hangin satu badan tadi.. Tapi takde guna juga..ni semua sebab karenah 'budak besar' tu.. Hmm, lupakan la dia..

Korang semua dah bangun subuh belum ni?? Solat..solat!! Jangan kita dilalaikan oleh syaitan yang direjam itu.. Kuatkan diri yek untuk bangun..

Aku ada dengar ceramah Ust. Don berkenaan dengan fadhilat hari Jumaat, penghulu segala hari, hari untuk Allah.. Salah satunya adalah, seperti termaktub dalam hadis nabi kita, Muhammad s.a.w, yang bersabda..

'Akan ada satu detik pada hari Jumaat, bila mana kita berdoa,Allah takkan tolak permintaan (doa)nya..'

Menurut Ust. Don, satu detik tu tak dikenal pasti bila, lama mana satu detik tu.. Bagi aku, ini serupa dengan malam al-Qadar masa bulan puasa dulu..ingat tak? Kita kena cari sendiri..

Jadi,jom lah kita berebut untuk berdoa sepanjang masa hari Jumaat ni..insya Allah..

*sekadar peringatan sendiri dan bersama..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan: