Khamis, Julai 28, 2011

entri khas untuk Najwa Che Abdullah

erk? alhamdulillah..kenyang! baru lepas dinner, dan solat isyak. dan sekarang, tengah menunggu masa, untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara Malaysia vs Singapura!! jom tengok sama2!!! aku tengok depan tv je..korang mesti ada yang tengok LIVE kan di stadium?? aku pun tengok LIVE juga, di stadium ASTRO!! hehe..gurau jek..jangan marah ye? jom! diorang nak start game dah!

aku dapat berita hari ni, kawan dari geng aku di USM dulu selamat tiba di Sabah..dah lapor diri pun kat JKNS, dan esok dia dan suami akan sampai di sini, pekan Beaufort, di mana tempat asal, dan aku membesar di sini..

insya Allah, kalau takde halangan, kalau tak esok, mungkin hari Sabtu aku nak ajak dia dan suami pergi tamu Beaufort..kalau kat Semenanjung sana, korang panggil pasar tani la..haa, kalau kat sini, kitorang panggil 'tamu'..bukan 'tetamu' tau!

semoga dia cepat menyesuaikan diri untuk berkhidmat di sini, insya Allah.. Gie, aku akan pimpin dan bantu ko untuk betah tinggal di bumi Sabah ni..percayalah,orang Sabah baik2 belaka..supo oghe Klate. hehe..
Dengan berbesar hati, aku ucapkan...
WELCOME TO SABAH, LAND BELOW THE WIND~


Tiada ulasan: