Khamis, Julai 14, 2011

aku jadi 'anak lelaki'!!

selepas entri pertama yang aku taip beberapa minit yang lalu.. aku teruskan niat aku untuk basuh 2 buah kereta!!! haa..aku seorang yang buat tau..mana ada yang sudi nak tolong aku.Kereta yang aku maksudkan... kereta kancil daa~ huhu..wey, penat juga tau! syukurlah ada water pressure, tapi hari ni mungkin aku agak tak berapa bernasib baik, tangan aku luka dek kena water pressure tu..kepada student/x-student bahagian health sciences atau medical..mesti korang tahu lapisan-lapisan kulit badan kita kan? ok..epidermis kulit aku sedikit koyak di belakang tapak tangan sebelah kiri ni..pedih oohhh~ sebelah kanan pula luka, tak tahu terkena apa..hmm, takpelah..aku dah biasa dengan keadaan semua ni. asal basuh kereta je, tak sah kalau tak luka mana-mana..huhu..asal luka je, mesti basuh kereta..haih~

ini adalah antara kerja rutin yang aku buat semenjak 'bahagia' duk rumah ni..:basuh kereta, tolong bapa buat kerja2 lelaki yang tak berapa berat dan seumpama dengannya..aku jadi anak lelaki bapa..semenjak adik lelaki aku dah pun bekerja sebagai ahli bomba di Semporna (dah jauh sangat adik aku sorang tu..)
~pasti ada hikmahnya, di sebalik semua kejadian yang berlaku dalam hidup ini~

Tiada ulasan: