Ahad, Jun 26, 2011

BILA itu dan ini...;'(

1001 perasaan bercampur baru dala hidup kita..betul? bukan aku seorang alami perkara ni, tapi semua orang, insan yang hidup di muka bumi ini..
sedih, gembira..hati terluka..benci, sayang..dan macam2 lagi..
dan di sini aku ingin berkongsi sesuatu..tentang 3 perkara yang mesti diajukan kepada sesiapa sahaja, dan pertanyaan yang dimulakan dengan..'BILA..??'

1. BILA NAK DAPAT KERJA NI?
ini adalah soalan pertama..yang mesti diajukan kepada anak2 muda, seperti aku, yang dah habis belajar (tak kira SPM, STPM atau lulusan universiti) apa yang aku nampak, masyarakat sekeliling kita sangat 'prihatin' dengan nasib atau lebih tepat lagi, REZEKI anak2 muda ni..'dah keje dik?'.. 'kenapa tak keje lagi?'..
bagi aku, aku sangat STRESS dengan pertanyaan yang aku rasa takde kesudahan dari mulut2 diorang ni..tambahan lagi aku duk kampung, jadi satu kampung duk tanya benda yang sama..dan apa yang mampu aku jawab? 'rezeki belum sampai lagi..' kadang2 tu, aku ingatkan takde dah la yang nak tanya selanjutnya..tapi 'pelik la..belajar tinggi2, tapi takde yang terima ko amik keje..hmm'.. Ya Allah..tolong hamba-Mu ini..penat dah untuk menjawab soalan2 diorang ni.. ;'(

2. BILA NAK KAHWIN?
ini lagi satu soalan yang agak menyakitkan telinga dan hati aku..kenapa?? entahla..orang kampung atau duk sekeliling aku ni suka sangat duk banding2kan aku dengan orang lain.. 'hmm, si gadis 'A' tu kawan ko kan? dah kahwin dah dia..hehe..tak lama lagi ada baby..ko bila lagi?'.. 'eh, si gadis 'A' tu langkah dulang kan? kakak dia tak kahwin lagi tu..hmm, nanti antara ko dengan adik ko nanti, siapa la kahwin dulu eh?' ni lagi satu soalan yang bikin panas! dah jodoh dia sampai, nak buat macam mana kan? bukannya tak nak kahwin langsung...hmm, sedih la aku bila cakap pasal benda ni.. ;'(

3. BILA NAK DAPAT ANAK?
ok.yang ni aku tak alami lagi, 'since' no.1 dan no.2 aku tak 'pass' lagi..walau macam mana pun, aku tengok orang sekeliling juga terutama sekali saudara terdekat sangat 'prihatin' pasal perkara ni..
'hmm, diorang tu dah kahwin lama kan? kenapa tak dapat anak lagi? ada masalah la tu..' bingit telinga aku ni mendengarnya..kesian. aku tahu, bukan diorang tak usaha langsung, tapi dah Allah belum bagi rezeki lagi..nak buat macam mana kan?

bab-bab rezeki ni, susah nak jangka..bukan kita yang tentukan apa, bila, di mana, bagaimana rezeki tu datang..susah nak tutup mulut orang ni..apa yang kita boleh buat..layan dan diam je..takyah bagi respons terlebih..nasihat ni untuk diri sendiri dan semua.. ;')

sedang berduka lara ;'(

p/s: entri ini tidak ditujukan khas untuk siapa2... sekian

2 ulasan:

[sutera kasih] berkata...

bila bila bila bila bila bila katakan hehe

cik blogger berkata...

hehe..pnt kn 'bila' jawab pertanyaan 'bila' diorang semua.hoho