Khamis, Disember 30, 2010
gadis,perempuan, wanita atau...???
hai..salam..
jumpa lagi kita untuk next entry..
urmm..skrg ni aku kat rumah sepupu, dia nk kawin hari sabtu ni..so, aku kena datang untuk tolong-tolong apa yang patut..
hurm, cakap pasal bab tolong-tolong ni, tiba2 aku rasa teringin nak taip pasal benda ni..apa pendapat korang tentang sifat yang sepatutnya ada pada seorang perempuan? bila aku jumpa dengan pelbagai manusia dengan ragamnya, aku dapat analisis, bukan semua perempuan punya sifat yang sepatutnya ada pada diorang, walaupun aku sendiri perempuan,mesti ada kekurangan juga [tak dinafikan la..]
pada pendapat aku, sifat seorang perempuan mesti diterapkan sejak awal lagi..alhamdulillah, aku dan adik2ku sedikit sebanyak diajar & diterapkan oleh ibu bapa untuk lebih ringan tulang, membantu orang lain, apalagi dalam bab kerja orang perempuan [mahupun lelaki]..alhamdulillah, sekurang-kurangnya aku sendiri tak la kekok dalam buat suatu tugas..walaupun agak mudah bagi perempuan2 senior [makcik2 & nenek2]..tapi sememangnya agak sukar untuk anak2 gadis yang tak biasa dengan kerja2 rutin sebagai seorang perempuan..
bukan tujuan aku untuk membanggakan diri, atau mengejek orang lain dalam entry ni, tapi inilah pendapat aku..jadi, kalau ada anak perempuan yang masih kecik [dan juga anak lelaki], ibu bapa khasnya mesti memainkan peranan penting untuk membiasakan anak2 diorang untuk buat keja2 rutin ni [tak payah sebut la yek,tau2 je la..]insya Allah,bila dah besar meningkat dewasa nanti, diorang akan terbiasa untuk buat keja2 sedemikian..
okla..sekian untuk entry kali ni..jumpa untuk next entry ya...daa~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan