Jumaat, Mei 08, 2009

hari ini dalam memoriku


Hari ini, 6 mei 2009..genap umur aku menjangkau 22 tahun. Ketika umur inilah, dan ketika hari ini jugalah mak aku melahirkan aku ke dunia ini, hasil perkongsian hidup mak dengan bapa aku. Itu yang membuatkan aku merasakan yang hari ini adalah hari yang terisitmewa berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Pernah aku terbayang, apa yang aku rasakan kalau ketika umur ini aku telah berkahwin, dan mempunyai seorang anak, sama seperti apa yang mak aku lalui sebelum ini. Tapi, bila fikir balik, dulu dan sekarang ni..lain..tak sama. Huhu, jangan terlalu fikirkan pasal kahwin ni, tini..hatiku berkata sendirian..study ada satu tahun lagi nak habis..hmm, kalau ikut perancangan, si dia....nak approach family time aku graduate nanti..yelah, kebetulan event tu diadakan kat Penang..hmm, seswai la kan? Betul tak? Hehe...itu hanya perancangan..Allah yang menentukan segalanya nanti kan? Lagipun, menurut si dia, dia juga tak sabar untuk menempuh alam rumah tangga..hmm, mungkin sebab dia lelaki..dengan umur yang menjangkau 27 tahun, memang seswai untuk hidup membina keluarga sendiri..kalau ditanya aku..aku pula macam mana? Tak sabar nak kahwin kah???hehe..itu jangan dicakap la...hehe..aku sendiri ja yang tau k...=p
Okay...cerita seterusnya..aku ingat nak buat celebration birthday aku ni..yelah, sebab ’special’ untuk tahun ni kan? Insya Allah, kalau tiada aral melintang, hari sabtu minggu ni..kalau tak dapat buat, takpela..tapi aku teringin sangat nak celebrate..insya Allah..walaupun buat kecil-kecilan..ok la tu...(trade mark Saida!!!)
Untuk si dia...he is so special to me..dialah yang wish aku first..sebelum orang lain..itupun awal 10 minit..tapi never mind..itu yang membuatkan aku semakin bertambah sayang dengan dia..tak sabar rasanya untuk bertemu dua muka dengannya...untuk pertama kali..dalam hidup kami berdua...insya Allah..mudah-mudahan..restu keluarga dari pihak keluargaku dan keluarganya akan bertamu..dan Allah redha dengan jodoh kami.insyaAllah..moga-moga kali ini tiada lagi halangan untuk hubungan kami nanti..amin...semoga semuanya berjalan lancar.. sekian =).. thanks for being in my life

Tiada ulasan: